Wednesday, 15 August 2012

INFORMASI TERKINI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN

 
 
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN 
WA TARBIYAH AL-DINIYAH KG RELONG 
(PENDAFTARAN : JABATAN AGAMA ISLAM  PAHANG)


(DIBUKA 16 JANUARI, 2012)

8 BULAN
(JANUARI-OGOS, 2012)

PENERIMAAN PELAJAR 
SEPANJANG TAHUN !


FOTO 1 : 23/03/2012
KAMPUS INDUK MAHAAD TAHFIZ AL-QURAN
DI MASJID KG. RELONG@LEMBAH BAMA
(10 KM KE UTARA DARI BANDAR KUALA LIPIS)

PENGASAS MAAHAD TAHFIZ
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WA TARBIYAH AL-DINIAH yang mula beroperasi pada 16 Januari, 2012 telah diasaskan oleh 9 orang individu : (1) Hj. SIRAJUDDIN Hj. UDA., PKT., (2)  En. MOHAMAD BIN ISHAK., PPN., PJK., (3)  Drs. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB HAMID., AMP., (4) Hj. YUSOF BIN IBRAHIM., (5) En. ABD HAMED Hj. AKOB. , (6)  Hj. ZAHARI Hj. UDA., SMP., (7)  Hj. AB. TALIB BIN AB. GHANI., (8) Ustaz IBRAHIM BIN MAT., dan  (9) En. JAMIN BIN NGAH., PPN., PJK.

OBJEKTIF PENUBUHAN
 (1) Melahirkan kepimpinan baru Muslim (pelajar) yang berkeupayaan membaca secara kompeten Al-Quran mengikut tajwid dan hafaz 30 Juzuk Al-Quran.
(2) Melahirkan kepimpinan generasi baru Muslim (pelajar) yang mengamalkan cara hidup (way of life) berasaskan Al-Quran dan Hadith.
(3) Melahirkan kepimpinan generasi baru Muslim (pelajar) yang berwibawa, berientegriti, berilmu, dan menjadi tunjang masyarakat.
(4) Melahirkan kepimpinan generasi baru Muslim (pelajar) yang mempunyai jatidiri, kukuh struktur ssosio-ekonomi, dan berupaya menjadi benteng ketahanan agama, bangsa dan negara.
(5) Melahirkan kepimpinan baru Muslim (pelajar) yang prihatin, mengenang budi, sanggup berkorban, dan bijaksana menjana perubahan masyarakat.

MATLAMAT PENUBUHAN
(1) Melahirkan Hafiz dan Hafizah Muda yang berwibawa dari segi ilmu agama, berakhlak mulia, dan intelek - model masyarakat umum.
(2) Melahirkan Hafiz dan Hafizah Muda yang berkeupayaan memikiul tanggungjkawab agama (Fardhu Ain) dan kemasyarakatan (Fardhu Kifayah) - mengurus hal-ehwal agama.
(3) Melahirkan Hafiz dan Hafizah Muda yang akan menjadi pewaris kepimpinan Maahad Tahfiz Al-Quran - kepemimpinan tahfiz al-quran (Leadership).
(4) Melahirkan Hafiz dan Hafizah Muda yang boleh berperanan sebagai pemikir, perunding, motivator, fasilitator, pengamal undang-undang, dan penulis.
(5) Melahirkan Hafiz dan Hafizah yang dapat mengekalkan keutuhan Al-Quran dan Hadith.

KELUARGA BAHAGIA 
BERSAMA AL-QURAN

STATUS : 31 JUlAI, 2012
02 ORANG PELAJAR SEPENUH MASA
(PENGINAPAN DI ASRAMA)
07 ORANG PELAJAR SEPARUH MASA 
35 ORANG DEWASA MEMBACA AL-QURAN BERSANAD
30 ORANG KANAK-KANAK AWAL REMAJA BELAJAR AL-QURAN ASAS HUJUNG MINGGU
40 ORANG DEWASA BELAJAR AL-QURAN ASAS



PROGRAM PENGAJIAN

PROGRAM PENGAJIAN SEPENUH MASA
Program ini terbuka kepada KANAK-KANAK (08-12 TAHUN) dan AWAL REMAJA (13-18 TAHUN). ASRAMA disediakan bagi PELAJAR TAHFIZ SEPENUH MASA. Masa Belajar : Selepas Solat Subuh, 2.30-5.30 ptg., dan Selepas Maghrib. MalamPelajar ini sentiasa bersama Guru Tahfiz.

Jumlah Pelajar Sekarang           :  02 ORANG (ASRAMA)
Usia                                         :  08-14 Tahun
Pengajian ini dijadual bermula   :   13 Jun, 2012
Ketua Program                         :  Hj. ZAHARI HJ UDA., SMP.

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA
Program ini terbuka kepada pelajar yang berada di Sekolah Rendah berusia (9-12 TAHUN). Mereka boleh mengikuti program tahfiz al-quran separuh masa selepas sekolah sesi pagi. Masa belajar : 2.30 - 5.30 ptg.  Kekerapan : 4 Kali seminggu : Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat.  Cuti : RABU (Kokurikulum Sekolah).   Kandungan Pelajaran : HAFALAN AL-QURAN & FARDHU AIN.

Jumlah Pelajar Sekarang           : 07 orang pelajar
Pengajian telah bermula sejak   : 16 Februari, 2012.
Ketua Program                        : Hj. SIRAJUDDIN Hj. UDA., PKT.  

PROGRAM PENGAJIAN HUJUNG MINGGU
(ASAS AL-QURAN)
Program ini terbuka kepada kanak-kanak dan remaja (9 - 17) tahun yang memilih untuk belajar hujung minggu (Sabtu & Ahad).  Masa belajar : 8.00 pagi - 11.30 pagi.  Kandungan Pelajaran : HAFALAN AL-QURAN dan FARDHU AIN.
Guru : Ustaz Hj. JAMALUDDIN ADAM AL-HAFIZ

Jumlah Pelajar Sekarang            :  30 orang pelajar
Pengajian ini dijadual bermula     : 12 Februari, 2012.
Ketua Program                          : Ustaz Hj. ZULKARNAIN ALI

PROGRAM PENGAJIAN AL-QURAN BERSANAD
Program ini terbuka kepada sesiapa (tanpa mengira usia) yang sudah KHATAM AL-QURAN dan ingin mengambil SANAD PEMBACAAN. Masa Belajar : Berjadual.
Guru  : Ustaz Hj. JAMALAUDDIN ADAM AL-HAFIZ

Jumlah Pelajar Sekarang           :  30 Orang Dewasa (lelaki & wanita).
Pengajian telah bermula sejak    :  16 Februari, 2012.
Ketua Program                         :   En. ABD HAMED Hj. AKOB

PROGRAM PENGAJIAN AL-QURAN ASAS 
(PRA-SANAD@CAKNA)
Program ini terbuka kepada sesiapa (Orang Dewasa) yang ingin Belajar Membaca Al-Quran sehingga Khatam. Kemudian, pelajar ini bolehlah menyambung pengajiannya dalam Sanad Pembacaan.
Guru   : Ustaz MOHD ALI

Jumlah Pelajar Sekarang             :  40 orang Dewasa
 Pengajian ini dijadual bermula    :  15 Februari, 2012
Ketua Program                          :  En. ISHAK MOHAMMAD., PPN., PJK.

PROGRAM MOTIVASI PENGAJIAN AL-QURAN
Program ini terbuka kepada pelajar sekolah dan belia. Program ini akan diadakan semasa cuti persekolahan.  Kandungan Program :  Pembelajaran Al-QURAN & FARDHU AIN. 

Ketua Program : Hj. YUSOF IBRAHIM

PENGAMBILAN PELAJAR
PENDAFTARAN PELAJAR
Kepada masyarakat tempatan dan pembaca blog ini, sila berhubung dengan SETIAUSAHA EKSEKUTIF : Hj. YUSOF IBRAHIM (HP : 012-225 1270/Emel : yusof_jonaidah@yahoo.com di PEJABAT URUSAN MAAHAD TAHFIZ di MASJID KG. RELONG@LEMBAH BAMA untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai program pengajian dan tatacara kemasukan.

PEMBINAAN ASRAMA
MAAHAD TAHFIZ
Maahad Tahfiz kini sedang giat melaksanakan pembinaan ASRAMA 2 TINGKAT (Kapasiti 40 orang - Lelaki) berdekatan dengan SURAU BUKIT BERANGAN KG. RELONG@LEMBAH BAMA. Tempoh pembinaan 1 MEI-31 DISEMBER, 2012.

ASRAMA MAAHAD TAHFIZ     -   2012
SURAU BUKIT BERANGAN      -   1933

  
 FOTO 2 : 23/03/2012
 LEMBAGA PENGURUSAN EKSEKUTIF TAHFIZ
MELAWAT TAPAK CADANGAN ASRAMA MAAHAD TAHFIZ
Berhampiran Surau Bukit Berangan - Kg. Relong

 FOTO 3 : 23/03/2012
 TAPAK CADANGAN ASRAMA MAAHAD TAHFIZ
Kelihatan Beberapa Pohon Kelapa Telah Ditebang
Berhampiran Surau Bukit Berangan - Kg. Relong

FOTO 4 :  26/04/2012
PAPAN IKLAN PEMBINAAN ASRAMA MAAHAD TAHFIZ 
Berhampiran Surau Bukit Berangan - Kg. Relong

FOTO 5    :  26/04/2012
TAPAK ASRAMA MAAHAD TAHFIZ YANG DIBERSIHKAN
Kelihatan Utuh Surau Bukit Berangan - Kg. Relong

FOTO 6 : 23/05/2012
TAPAK ASRAMA MAAHAD TAHFIZ YANG DIRATAKAN
Berhampiran Surau Bukit Berangan - Kg. Relong

KERJA-KERJA PENGUKURAN TAPAK ASRAMA TAHFIZ
(Berhampiran Surau Bukit Berangan - Kg, Relong)
Kelihatan GUA BAMA Tersergam Indah

KERJA-KERJA MEMBINA KERANGKA TIANG ASRAMA TAHFIZ
Berhampiran Surau Bukit Berangan - Kg, Relong
Kelihatan GUA BAMA Tersergam Indah

FOTO 9 : 26/06/2012
KERJA-KERJA MEMBINA KONKRIT TIANG ASRAMA TAHFIZ
Berhampiran Surau Bukit Berangan - Kg, Relong

FOTO 10 : 26/06/2012
KERJA-KERJA MEMBINA BINGKAI TINGKAT ATAS ASRAMA TAHFIZ
Berhampiran Surau Bukit Berangan - Kg, Relong
Kelihatan GUA BAMA Tersergam Indah


FOTO 11 : 17/07/2012
KERJA-KERJA MEMBINA KERANGKA TIANG TINGKAT ATAS
ASRAMA TAHFIZ
Berhampiran Surau Bukit Berangan - Kg, Relong
Kelihatan GUA BAMA Tersergam Indah

FOTO 12 : 17/07/2012
KERJA-KERJA MEMBINA KERANGKA TIANG TINGKAT ATAS
ASRAMA TAHFIZ
Berhampiran Surau Bukit Berangan - Kg, Relong

 FOTO 13 : 17/07/2012
PEMANDANGAN JARAK JAUH BINAAN ASRAMA TAHFIZ
Bersebelahan Surau Bukit Berangan - Kg, Relong
 Kelihatan GUA BAMA Tersergam Indah

 SKIM WAKAF JUALAN
BANGUNAN ASRAMA MAAHAD TAHFIZ
AL-QURAN WA TARBIYAH AL-DINIAH
RM280, 000.00

WAKAF JUALAN UNTUK 
SATU KAKI PERSEGI = RM50.00 
(LIMA PULUH RINGGIT SAHAJA)


"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji.  Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya, dan Allah Maha Luas meliputi ilmu pengetahuanNya".
(Al-Baqarah : 261)

Sebarang pertanyaan mengenai SKIM WAKAF JUALAN BANGUNAN ASRAMA TAHFIZ ini hendaklah dikemukakan kepada EN.  ABD HAMED Hj. AKOB (BENDAHARI EKSEKUTIF) HP : 017-220 5200 atau Emel : medsk2000@yahoo.com atau datang sendiri ke Pejabat Urusan Maahad Tahfiz.

SAHAM AKHIRAT

SEDEKAH JARIAH
Dari Abu Hurairah ra, katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang manusia telah meninggal dunia, mala putuslah segala AMALnya kecuali 3 perkara : (a) SEDEKAH JARIAH, (b) ILMU yang diambil orang manfaatnya. dan (c) ANAK YANG SOLEH selalu mendoakannya.
(Hadis 1614 - Koleksi Hadis Riwayat Muslim)


SEDEKAH ATAS NAMA IBUBAPA
Dari Abu Hurairah ra, katanya, "Seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad SAW., "Ya Rasulullah ! Bapaku sudah meninggal dunia, beliau meninggalkan harta, tetapi tidak memberi wasiat mengenai harta peninggalan beliau itu. Dapatkah harta itu menghapus dosa-dosa beliau jikalau aku sedekahkan atas namanya ? Jawab Rasulullah SAW., "Ya, dapat".
(Hadis 1612 - Koleksi Hadis Riwayat Muslim)

PENAJA TETAP MAAHAD TAHFIZ
LEMBAGA PENGURUSAN EKSEKUTIF TAHFIZ amat mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjadi PENAJA TETAP (BULANAN) bagi Maahad Tahfiz Al-Quran ini.  Jumlah penajaan terpulang kepada keupayaan individu.  PENAJAAN TETAP ini bagi tujuan membiayai PENGURUSAN INSTITUSI MAAHAD TAHFIZ. Sebarang pertanyaan mengenai PENAJA TETAP ini hendaklah dikemukakan kepada EN.  ABD HAMED Hj. AKOB (BENDAHARI EKSEKUTIF) HP : 017-220 5200 atau Emel : medsk2000@yahoo.com atau datang sendiri ke Pejabat Urusan Maahad Tahfiz.

TERIMA KASIH 
KEPADA PARA PENYUMBANG 
MAAHAD TAHFIZ
LEMBAGA PENGURUSAN EKSEKUTIF TAHFIZ merakamkan terima kasih yang teramat sangat kepada para penyumbang (Ahli Korporat. Usahawan, Pegawai Kerajaan, Pemimpin Masyarakat, masyarakat umum) untuk membiayai MAAHAD TTAHFIZ dan ASRAMA MAAHAD TAHFIZ.  

PELAJAR SEPENUH MASA
LEMBAGA PENGURUSAN EKSEKUTIF TAHFIZ mengalu-alukan mana-mana MUSLIM tanpa mengira usia, sama ada yang tinggal di MALAYSIA atau di LUAR MALAYSIA boleh memohon untuk BELAJAR SEPENUH MASA di MAHAAD TAHFIZ AL-QURAN ini.

PELAJAR SEPENUH MASA SEKARANG
(1 orang - 08 Tahun - Selangor DE.)
(1 orang - 14 Tahun - Selangor DE.)

PERBELANJAAN BULANAN = RM200.00

KEPERLUAN GURU TAHFIZ AL-QURAAN
LEMBAGA PENGURUSAN EKSEKUTIF TAHFIZ mempelawa para Tahfiz Al-Quraan untuk menjadi GURU TAHFIZ AL-QURAN SEPENUH MASA di Maahad Tahfiz ini.  Mereka yang berminat - sila hubungi Hj. ZAHARI Hj. UDA., SMP. (PENGERUSI TASK-FORCE MAAHAD TAHFIZ HP : 019-930 4996 atau Emel : hawazi_zahari@yahoo.com atau datang sendiri ke PEJABAT URUSAN MAAHAD TAHFIZ di MASJID KG. RELONG@LEMBAH BAMA, KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR.

SELAMAT MENYAMBUT 
RAMADHAN 1433H
LEMBAGA PENGURUSAN EKSEKUTIF TAHFIZ mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1433H kepada semua WARGA MAAHAD TAHFIZ dan juga seluruh KAUM MUSLIMIN dan MUSLIMAT.  Di bulan yang penuh barkah ini marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah swt atas nikmat yang dikurniakan kepada kita, dan menjalani ibadah puasa sambil memperbanyakkan SEDEKAH, dan SOLAT TARAWIH serta TADARUS AL-QURAN.

SELAMAT HARI RAYA 
ADILFITRI 1433H
LEMBAGA PENGURUSAN EKSEKUTIF TAHFIZ mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada WARGA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN dan KAUM MULSIMIN MUSLIMAT yang mengunjungi blog ini setiap masa.  MAAF ZAHIR BATIN. 

 PESANAN !
Berhati-hati memandu di jalan raya semasa pulang berhari raya.  Semoga anda selamat tiba di destinasi masing-masing dan bertemu sanak-saudara.

KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN
Sebarang sumbangan dalam bentuk TUNAI (BANK) dan CEK/BANK DRAF hendaklah atas nama MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WA TARBIYAH AL-DINIYAH KG. RELONG.

AKAUN CIMB BANK : 06110000170101

Peringatan Kepada Para Penyumbang Yang Dihormati :
Sila SMS  kepada : En. ABD HAMED HJ AKOB  HP : 017-220 5200 (BENDAHARI)
dengan memberi Maklumat Ringkas Penyumbang dan jumlah sumbangan sesudah anda memasukkan TUNAI/CEK di mana-mana CAWANGAN CIMB BANK.

INSYALLAH KEHIDUPAN ANDA MENJADI LEBIH SEJAHTERA, STABIL DAN MENDAPAT REZEKI YANG LUAS.

 PEGAWAI PERHUBUNGAN MAAHAD TAHFIZ
Sila hubungi : EN.  ABD HAMED Hj AKOB (BENDAHARI EKSEKUTIF) HP : 017-220 5200 atau Emel : medsk2000@yahoo.com atau Hj. ZAHARI HJ UDA., SMP (PENGERUSI TASK-FORCE MAAHAD TAHFIZ) HP : 019-930 4996 atau Emel : hawazi_zahari@yahoo.com atau datang sendiri ke MAHAAD TAHFIZ atau menghubungi mana-mana AHLI LEMBAGA PENGURUSAN EKSEKUTIF TAHFIZ.

LEMBAGA PENGURUSAN EKSEKUTIF 2012
 PENGERUSI EKSEKUTIF
 Hj. SIRAJUDDIN Hj. UDA., PKT.
HP : 019-977 0873

TIMBALAN PENGERUSI ESEKUTIF I
  En. MOHAMAD BIN ISHAK., PPN., PJK.
HP : 019-988 8361

TIMBALAN PENGERUSI EKSEKUTIF II
      Drs. Hj. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB HAMID., AMP.
      Emel : wanamirzamp@yahoo.com  HP : 012-280 3685    

         SETIAUSAHA EKSEKUTIF
       Hj. YUSOF BIN IBRAHIM
      Emel : yusof_jonaidah@yahoo.com HP : 012-225 1270

         BENDAHARI EKSEKUTIF
      En. ABD HAMED Hj. AKOB
      Emel : medsk2000@yahoo.com HP : 017-220 5200

AHLI 
 Hj. AB. TALIB BIN AB GHANI
HP : 012-359 7423

AHLI
 Ustaz IBRAHIM BIN MAT
TEL : 09-329 1662

AHLI 
Hj. ZAHARI Hj. UDA., SMP.
      Emel :  hawazi_zahari@yahoo.com HP : 019-930 4996

AHLI :
 En. JAMIN BIN NGAH., PPN., PJK.
TEL : 019-690 3636
(Berkhidmat hingga 26 Jun, 2010) 


PENTADBIRAN MAAHAD TAHFIZ 
MUDIR
      Ustaz Hj. SIRAJUDDIN Hj. UDA., PKT.

TIMBALAN MUDIR I:
      Ustaz Hj. ZULQARNAIN ALI.

TIMBALAN MUDIR II 
      Ustaz Hj. JAMALUDDIN ADAM AL-HAFIZ

PEGAWAI EKSEKUTIF 

   MEMBANGUN BERSAMA 
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WA TARBIYAH AL-DINIAH

MISI MAHAAD TAHFIZ

1 KELUARGA, 1 HAFIZ@HAFIZAH
1 KELUARGA. 1 PEMBACA AL-QURAN BERSANAD
1 KELUARGA, 1 PEMBACA ASAS AL-QURAN

WASSALAM
ADNIMISTRATOR.

4 comments:

  1. Assalamualaikum wmt wbt.

    Saya dengan rendah hati memohon agar dapat kiranya pihak pengendali blog mahu pun pihak Lembaga Eksekutif Maahad Tahfiz ini memaparkan no. akaun Tahfiz untuk membolehkan kami anak-anak Relong yang berada di perantauan untuk sama-sama mengambil peluang menjadi penyumbang wakaf atau penderma bulanan kepada Maahad ini.

    Semoga permohonan saya ini tidak dianggap sebagai satu permintaan yang remeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih atas keprihatinan saudara dan rakan-rakan Pembaca Blog ini. Insyallah, NO. AKAUN MAAHAD TAHFIZ ini akan dipaparkan dalam masa yang terdekat.

      Sehubungan itu, LEMBAGA PENGURUSAN EKSEKUTIF TAHFIZ mempelawa saudara dan rakan-rakan Pembaca Blog agar mendaftar anak-anak di Pusat Tahfiz ini sebagai PELAJAR SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA ATAU MASA CUTI atau MASA KELAPANGAN (WARGA EMAS).

      Jika saudara mempunyaikenalan GURU TAHFIZ (30 JUZUK)- LEMBAGA PENGURUSAN EKSEKUTIF TAHFIZ amat mengaku-alukan mereka dapat berkhidmat di Pusat Tahfiz ini.

      Sila berhubung terus dengan HJ. ZAHARI HJ UDA., SMP (PENGERUSI TASK-FORCE MAAHAD TAHFIZ).

      WASSALAM.

      Delete
  2. Assalamualaikum maaf ustaz nk tanya cuti sekolah ada buat program @ kena?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum maaf ustaz nk tanya cuti sekolah ada buat program @ kena?

    ReplyDelete